Percutian ke Ho Chi Minh

by - 02:54

Teks: Eko Salina Kasman
Gambar: Koleksi Peribadi/ Carian Google



Pejam celik sudah menginjak sebulan lebih selepas bercuti ke Ho Chi Minh. Hinggakan terlupa pula untuk kemaskini percutian kami selama 3 hari 2 malam di Kota Ho Chi Minh, Vietnam. Percutian kali ini ditaja oleh syarikat tempat daku bekerja dan hanya staff sahaja yang boleh mengikuti percutian ini. Makanya terima kasih tidak terhingga buat En Suami tersayang kerana menjaga anak-anak kami dengan begitu baik sekali sepanjang mamanya bercuti. (Mesti terharukan kalau En Suami baca. Hehehe.perasan tahap gaban.. :D)


Alhamdulillah, sesampai di sana cuaca di Bandar Ho Chi Minh baik sekali dan kami tiba lebih kurang jam 1.30 petang waktu tempatan. Mengikut sejarahnya, Kota Ho Chi Minh asalnya diberi nama Kota Saigon. Ho Chi Minh adalah kota yang terbesar di Vietnam dan terletak dekat delta Sungai Mekong. Namun dalam percutian ini, Sungai Mekong tiada dalam jadual perjalanan kami. Baru terasa nak fefeling minum air kopi di tebing Sungai Mekong ala-ala cam dalam novelkan. Inilah kalau banyak sangat baca novelkan. Hehehe. 




(Gambar  masjid & balai polis kita bagi kredit kepada En Suraimi 
- rakan sekerja)


30 Nov, 2015 (Sabtu)

Kami disambut oleh pemandu pelancong tempatan dan di bawa melawat Bandar Ho Chi Minh. Apa yang unik di bandar ini adalah motorsikal dan skuter terlalu banyak dan agak pelik apabila melihat kenderaan yang bersimpang siur dan berpusu-pusu. Namun, ianya merupaka pemandangan biasa di kota ini. Kalau di Malaysia pastinya kita disuruh ketepi dan 'surat cinta' akan menyusul kemudian. Cuma yang bagusnya mereka memakai helmet dan menghormati pejalan kaki walaupun kita yang berjalan kaki berasa takut-takut apabila hendak melintas jalan. 




Kami menginap di Hotel Blessing 1. Boleh dikatakan hotel ini bertaraf 3 bintang. Lokasi hotel yang strategik membolehkan kami ke pasar malam, restoran Halal, pasar Ben Thanh dan juga kedai Satu Malaysia dengan hanya berjalan kaki sahaja. Di sini kami tidak perlu risau dengan penukaran matawang asing kerana mereka menerima duit Malaysia. Bagi mengelakkan daripada duit Malaysia tidak diterima semasa di Vietnam, daku tukarla sikit dulu duit RM ke Vietnam Dong (VND). Ketika itu RM400 bersamaan dengan 2 juta Dong. Haa masa ni berangan la kejap jadi OKB. Tapi kejap je la, bila beli belah rasa tak de la banyak mana pun 2 juta Dong tu. Hehehe.

Apa yang menariknya rakyat Vietnam juga boleh bertutur dan faham Bahasa Melayu. Kata orang tu bolehlah cakap pasar orang kita. Secara tidak langsung memudahkan lagi urusan jual beli. Ini menunjukkan betapa ramainya rakyat Malaysia datang ke Bandar Ho Chi Minh, sehinggakan harga barangan yang dijual pun diletak dengan tanda harga Ringgit Malaysia. Namun begitu, perlu juga berhati-hati dalam setiap pembelian lebih-lebih lagi di pasar malam dan pasar Ben Thanh. Perlu menawar harga serendah yang boleh untuk elak daripada kita mengalami kerugian atau penipuan.


31 Oktober, 2015 (Ahad)




(Perangkap samar, tempat persembunyian dan juga ruang oksigen)



 (Merangkak menyusuri terowong kecil. Macam sauna rasanya)





Lawatan seterusnya adalah ke Terowong Cu Chi. Dari Bandar Ho Chi Minh perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam. Sekiranya kalian berpeluang ke Ho Chi Minh pasti lawatan ke terowong Cu Chi ini adalah merupakan lawatan wajib bagi setiap pelancong. 

Terowong Cu Chi dibuat oleh tentera Vietnam sewaktu berperang dengan tentera Amerika Syarikat suatu ketika dulu. Ianya sangat hebat dan menakjubkan apabila melihat keunikan dalam struktur seni bina terowong ini, sistem terowong bawah tanah mempunyai 3 tingkat dan panjangnya melebihi 200 km dengan binaannya menggunakan tenaga manusia sahaja. Apa yang menarik terowong ini mempunyai ruang makan, ruang tamu, tempat mesyuarat dan juga tempat pertempuran. Ia juga merupakan simbol kepahlawanan orang Vietnam.



Lawatan terakhir kami di Terowong Cu Chi ini kami disajikan dengan ubi rebus dan dicicah dengan kacang tumbuk.



Kalau sebut je nama Ho Chi Mihn pasti tidak akan lepaskan peluang untuk membeli belah. Lagi-lagilah kalau sebut pasar Ben Thanh. Apa tidaknya syurga dunia buat setengah kaum wanita. Bagi kaum adam harap bersabar dengan karenah pasangan anda ketika membeli belah ya. Banyak pahala tu. (Pahala la sanggat kann. Hahaha) Semasa pulang dari Terowong Cu Chi kami dibawa ke tempat pengeluar pakaian yang dah siap dan juga tudung. Harga di sana tidak boleh ditawar tetapi memang sangat-sangat berbaloi dan murah kalau sesiapa berhajat hendak membeli. Bayangkan tudung 'printed' berharga RM5 sahaja. Cantik pulak tu. Confirm beli. :D




(Gambar kenangan berlatarbelakang Pejabat  Pos Ho Chi Minh)




(Gambar Ihsan dari Pak Google - Saigon Notre-Dame Basilica Cathedral)




(Berlatarbelakang Gereja Notre Dame dan Pejabat Pos Besar - Terasa cam model jerk.. :P)


Lewat petang pula kami menyelurusi Bandar Ho Chi Minh. Destinasi utama kami adalah Pejabat Pos Besar Ho Chi Minh, Gereja Notre Dame, Hard Rock Cafe dan cruise. Sekali imbas jika diperhatikan gereja ini mempunyai konsep senibina Perancis. Begitu juga dengan Pejabat Pos Besar Ho Chi Mihn. Satu kerugian juga daku tidak berpeluang untuk memasuki dalam Pejabat Pos Besar Ho Chi Minh  untuk melihat dengan lebih dekat senibina ala-ala Perancis ini.



(Suasana malam di Bandar Saigon)



(Tengok-tengok je :D )


1 Nov, 2015 (Isnin - Last Day)

(Warga Tempatan yang berniaga di sekitar kawasan Hotel tempat kami menginap)



(Pasar Ben Thanh)

Hari terakhir, acara bebas sambil membeli belah di kawasan hotel. Di sini kami mengambil kesempatan untuk ke pasar Behn Thanh. Sekiranya tidak tahan nafsu, pastinya terasa ingin memborong semua yang ada di pasar ini. Terdapat banyak pilihan barang yang boleh dipilih dan dibeli. Antaranya kain ela, baju, seluar, cenderahati, kopi Vietnam yang memang cukup terkenal dengan keharuman dan kesedapannya dan macam-macam lagi. Boleh rambang matalah kalau ke sini. Namun pastikan kalian semua pandai tawar-menawar untuk mendapatkan harga yang berpatutan dan tidak tertipu oleh peniaga di situ. Pada pandanganku, dari segi harga barang tidaklah terlalu murah mungkin disebabkan oleh ringgit malaysia jatuh dan tidak stabil ketika itu. 


Apapun, bagi mereka yang gemar untuk membeli belah, Bandar Ho Chi Minh boleh dijadikan sebagai 'list' percutian kalian. Di sini makanan dan minuman halal mudah didapati, terutamanya di sekitar tempat daku menginap. Ada orang panggil Jalan Malaysia. Kiri kanan, depan belakang ramai pelancong dari Malaysia. Restoran yang kami pergi antaranya Restoran Kampung Pandan. Nama restoran pun macam di negara kita kan di Kampung Pandan Ampang KL. So far makanan di situ boleh lah diterima dek tekak ni. Kalau diikutkan ada banyak restoran Halal di Kota Ho Chi Minh cuma kami hanya mengikut pemandu pelancong sahaja. 

Kami pulang ke Kuala Lumpur pada jam 3.15 petang waktu Vietnam. Kalau ada rezeki terasa teringin pula hendak ke Sg Mekong dan Hanoi. InsyaAllah.

Okeylah. Sampai sini dulu perkongsian dariku :)


Notakaki:
- Pastikan anda betul-betul hendak membeli barang yang diingini, barulah menawar harga dengan penjual. Ini kerana untuk mengelakkan penjual memarahi kita dan memaksa untuk membeli barang mereka.

- Jangan suka berselfie di tepi jalan. Dikhuatiri ada penunggang motorsikal terus sambar handphone anda. Pesanan ini dibawa khas dari pemandu pelancong kami.

- Jangan terus teruja untuk membeli belah. Cuba tawaf dulu dan kalau boleh buat perbandingan harga. Kadang-kadang boleh tertipu dek kata good/ high quality padahal sama sahaja kualitinya. Pengalaman kawan sendiri, daku beli tshirt dengan harga RM7 di kedai berhampiran hotel tetapi rakan pejabat beli tshirt yang sama di pasar Ben Thanh dengan harga RM30++

You May Also Like

3 comments

  1. Ada contact tourist guide kt sn x

    ReplyDelete
  2. Ada contact tourist guide kt sn x

    ReplyDelete
  3. boleh hubungi zaharah , orang melayu-champa, agen yang uruskan muslim tour di sana , guide2 fasih cakap bahasa melayun
    tel: +84 93 2617292
    wsp: +84 938 629 7657
    email: amantravelvn@gmail.com

    ReplyDelete